"Ladang AiniAgro"

"menternak menjana kekayaan"


Ladang AiniAgro berlatarbelakang Gunung Ledang

Kandang Kambing AiniAgro

Kolam Ikan AiniAgro (3 buah kolam)

Ayah telah bertekad untuk kembali menternak kambing setelah projek terhenti selama hampir 5 tahun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan . Kami sekeluarga telah membersihkan kembali kawasan kandang kambing seluas 1 ekar . Kandang kambing seluas 60 kaki x 24 kaki masih dalam keadaan baik cuma perlu diperbaiki sedikit kayu-kayu yang telah usang .

Kami sekeluarga telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar kandang . Rumput Napier Taiwan yang telah ayah tanam dahulu semakin subur dan yang telah tua ditebang untuk dijadikan benih . Ayah juga telah menempah kambing baka jamnapari kacukan dari ladang rakannya . Buat permulaan sebanyak 10 ekor betina dan 1 ekor pejantan akan dibawa masuk ke kandang kami . Jumlah ternakan akan ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kami . Kami sekeluarga berdoa agar usaha kami ini akan dirahmati Allah .. amin

"Muhammad Amirul Asyraff Kamarudin"
Penolong Pengurus , Ladang AiniAgro

Langgan: Catatan (Atom)

sila gunakan perisian diatas untuk gambaran lebih baik